Skip to main content

Pengarang: Admin

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Pada hari ini, Encik Mohd Iskandar Bin Rahim Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat Wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Chaah Bahru Daerah Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA PENDUDUK DAERAH KULAI

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan Penyampaian Kurniaan dari Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada penduduk di Mukim Sedenak, hari ini. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Sedenak dan ketua kampung Felda Inas. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti pesakit kronik, keluarga B40, anak-anak yatim, OKU, asnaf dan...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI MUKIM PULAI, BANDAR, TEBRAU, PLENTONG, TANJUNG KUPANG DAN JELUTONG DAERAH JOHOR BAHRU

Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru diiringi Yang Dihormati Datin Hajah Ramlah binti Yaacob, Pengerusi PUSPANITA Daerah Johor Bahru, Encik Muhamad Rashdan Bin Rahmat, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) , Pegawai Yayasan MBJB, MBIP, MBPG, Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di sekitar kawasan PBT MBJB, MBIP, MBPG dan mukim-mukim di daerah Johor Bahru. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Renggam dan Machap, Daerah Kluang. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya. Penyampaian kurniaan hari ini telah...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Kota Tinggi. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat. Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri daripada golongan sasaran seperti keluarga...

Continue reading

ZIARAH MUHIBBAH SEMPENA PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

Pegawai Daerah Mersing, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali dengan diiringi oleh En Halid bin Mohd Salleh Pengurus Taman Laut Sultan Iskandar Perbadanan Taman Negara Johor telah mengadakan Ziarah Muhibbah sempena menyampaikan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada kepada beberapa keluarga di Mukim Pulau-Pulau (Pulau Aur). Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Mersing ini sentiasa...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.