Pengarang: Admin
Tahniah saya ucapkan kepada para EXCO yang telah dilantik pada hari ini. Saya yakin bahawa barisan EXCO negeri yang baru ini berpelajaran dan berkelayakan untuk mentadbir kerajaan negeri dengan dedikasi dan integriti.
Barisan EXCO ini juga mempunyai perwakilan dari golongan belia dan menunjukkan bahawa kerajaan negeri ingin melibatkan golongan muda untuk menggalakkan pentadbiran negeri yang lebih dinamik. Kepada para belia, kini sudah tiba masa untuk anda semua bangkit dan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan Johor.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Onn...
MAJLIS ISTIADAT PELANTIKAN DAN ANGKAT SUMPAH TAAT SETIA 10 AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Taat Setia 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada hari ini 26 Mac 2022 di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor. Allah Peliharakan Sultan.
MERASMIKAN MASJID BATU 16, AIR HITAM, MUAR, JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat merasmikan Masjid Batu 16, Air Hitam, Muar Johor pada 25 Mac 2022. Baginda turut menunaikan Solat Jumaat bersama rakyat. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI POLIS 2022
Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga PDRM dalam memastikan keselamatan serta keamanan Johor terus terjamin.
Selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
KEPENTINGAN PENDIDIKAN UNTUK BELIA KITA DAN KE ARAH MENAMBAH BAIK SISTEM PENDIDIKAN DI JOHOR
Akses kepada pendidikan merupakan perkara yang sentiasa dekat di hati saya. Individu dari semua peringkat umur tanpa mengira status atau latar belakang harus sentiasa mempunyai akses yang mudah kepada peluang pendidikan untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Adalah penting pendidikan berkualiti diberikan kepada rakyat khususnya golongan belia bagi membantu mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran hidup.
Mungkin sudah tiba masanya untuk merombak silibus pendidikan kita. Pandemik Covid-19 telah menunjukkan bahawa menjadi celik teknologi dan keperluan...