Pengarang: Admin
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Perasmian Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari ini, 24 Mac 2022.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Cik Nurul Nadiah Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kahang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta setiausaha JPKK.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti...
SEMOGA MENTERI BESAR JOHOR TERUSKAN BEKERJA SECARA EFEKTIF DEMI NEGERI DAN RAKYAT JOHOR
Syabas Dato’. Diharapkan kerja secara efektif demi negeri dan rakyat Johor. Visi tanpa pelaksanaan adalah halusinasi. Keutamaan kita haruslah untuk mempertingkatkan sektor pendidikan, ekonomi dan kesihatan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=385532786905613&id=100063466850050
MAJLIS PENGURNIAAN DARJAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Baharu, Istana Bukit Serene pada 23 Mac 2022. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor. Allah Peliharakan Sultan.
HARI ULANGTAHUN KEPUTERAAN RASMI DYMM SULTAN JOHOR
Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
SULTAN IBRAHIM POWER PLANT – LOJI JANAKUASA KOMERSIAL PERTAMA DUNIA GUNA TURBIN GAS BERTEKNOLOGI PALING CEKAP
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Perasmian Stesen Janakuasa Southern Power Generation (SPG) di Pasir Gudang pada hari ini, 22 Mac 2022.
Stesen yang dimasyhurkan sebagai Sultan Ibrahim Power Plant ini merupakan loji janakuasa komersial pertama di dunia menggunakan turbin gas berteknologi paling cekap dihasilkan oleh General Electric (GE).
Pembinaan SPG dengan kos RM4.7 bilion ini adalah gabungan usaha sama diantara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SIPP Energy...