Skip to main content

Pengarang: Admin

MELAWAT DAN BERAMAH MESRA BERSAMA WARGA KERJA POLIS DIRAJA MALAYSIA KONTINJEN JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Mes Pegawai Kanan Polis Kontinjen Johor bagi melawat dan beramah mesra bersama wargakerja Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Johor pada 15 Mac 2022 yang turut dihadiri oleh YDH CP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat, Ketua Polis Johor. Dalam majlis tersebut, baginda turut menyaksikan sesi penyerahan tiga buah motosikal Kawasaki GTR 1400 daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor kepada Istana Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

Encik Muhammad Shahril Azizi Bin Abd Gapar, Pentadbir Tanah Daerah Mersing selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Mersing bagi bulan Februari Fasa 2 Tahun 2022. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan. Turut...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Grisek yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak. Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa. Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas yang uzur, pesakit OKU (fizikal), terlibat dalam kemalangan jalan raya, serta penghidap masalah buah...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC FASA 1 TAHUN 2022

YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir bagi menyempurnakan Program Ziarah ‘PRIHATIN’ Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Mac Tahun 2022 – Fasa 1. Lawatan pada hari ini melibatkan Beberapa buah rumah penerima di Mukim Lubok, Program Lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Pandemik Covid-19. Gerak usaha...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.