Pengarang: Admin
Pada 23 Januari 2010, susulan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, anakanda Baginda, DYAM Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Mahkota Johor pada waktu itu telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor, mewarisi takhta Almarhum Ayahandanya.
Selepas menaiki takhta, Tunku Ibrahim berkenan untuk menggunakan gelaran DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
DYMM Sultan Ibrahim adalah Sultan Johor yang kelima dalam era Kesultanan Johor Moden yang bermula dengan pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
SULTAN IBRAHIM PERKENAN BUBAR DEWAN NEGERI JOHOR
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Terdahulu, Baginda Tuanku Sultan berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini (22 Januari).
Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Dato’ Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani yang...
MENERIMA MENGADAP KETUA POLIS JOHOR BAHARU
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor yang baharu di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 20 Januari 2022. Allah Peliharakan Sultan.
VIDEO: SYABAS DAN TERIMA KASIH KEPADA SUKARELAWAN SOUTHERN
Syabas dan terima kasih kepada sukarelawan Southern Volunteers yang telah membantu dalam Misi Bantuan Banjir. Saya akan berjumpa dengan anda semua tidak lama lagi.
Terima kasih juga kepada semua Pejabat-Pejabat Daerah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa dan semua yang terlibat.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN THAIPUSAM
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam buat semua penganut Hindu di Johor. Semoga anda semua dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan yang baik.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PERJUMPAAN DENGAN DATUK BANDAR JOHOR BAHRU DAN PAKAR PENGURUSAN AIR DAN SISTEM SALIRAN
Hari ini saya telah mengadakan perjumpaan dengan Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru dan pakar-pakar pengurusan air dan sistem saliran air. Mereka telah memberi taklimat mengenai inisiatif dan usaha-usaha untuk membaiki penebatan banjir di Johor.
Perjumpaan ini diadakan ekoran bencana banjir yang melanda Johor sejak akhir tahun lepas sehingga kini. Bencana banjir ini merupakan masalah yang berlaku hampir setiap tahun. Walaupun ada penambahbaikan dalam usaha tebatan banjir sejak peristiwa tahun 2006, tetapi saya berhasrat untuk mencari...