Skip to main content

Pengarang: Admin

PENDIDIKAN DI JOHOR

Pendidikan di Johor adalah satu aspek yang penting bagi saya. Kita perlu menambah baik sistem pendidikan di negeri Johor dalam masa terdekat, memastikan pendidikan yang baik mampu dimiliki oleh semua Bangsa Johor dan juga menambah baik tenaga pengajar dengan latihan yang berkualiti. Ini akan memartabatkan generasi Bangsa Johor akan datang. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

KUNJUNGAN PENGETUA MARLBOROUGH COLLEGE MALAYSIA

Saya dan isteri telah menerima kunjungan Mr Alan Stevens, Pengetua Marlborough College Malaysia bersama isterinya di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada hari ini, 23 Februari 2022. Turut hadir bersama adalah Mrs Lowdon, Ketua Bahagian Kemasukan dan Mrs Eaton-Jones, Ketua Bahagian Pra-Sekolah. Allah Peliharakan Sultan. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Bandar bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada bangsa Johor yang serba kekurangan. Pegawai Daerah Muar menyantuni Encik Rahman Bin Ruhiat yang mengalami kanser dan strok. Beliau mempunyai tanggungan seramai 5 org anak. Keadaan beliau terlantar dan dijaga oleh isteri dan anak-anak. Penerima yang kedua Puan Achel Binti Shukor, yang menetap di Jalan Daud Muar. Beliau merupakan ibu tunggal dan...

Continue reading

MAJLIS LAWATAN RAMAH MESRA & JAMUAN TEH WARGAKERJA 7 BRIGED DI KEM MAHKOTA, KLUANG

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Lawatan Ramah Mesra & Jamuan Teh Wargakerja 7 Briged di Kem Mahkota, Kluang pada 22 Februari 2022. Semasa lawatan tersebut, baginda telah merasmikan Sukan Muhibbah 7 Briged bersama Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SINGAPORE AIRSHOW 2022

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah dijemput oleh Kerajaan Singapura dan bersetuju berangkat untuk menyaksikan SINGAPORE AIRSHOW 2022 pada hari ini, 16 Februari 2022.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.