Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat melawat dan memberikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang terkesan dengan bencana banjir di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru pada hari ini, 23 Mac 2025.
Atas titah Baginda, Southern Volunteers telah digerakkan untuk memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku dan membantu membersihkan kawasan-kawasan yang terlibat.
Baginda turut meluangkan masa menyantuni para sukarelawan pembersihan di perkarangan Masjid Taman Tampoi Indah. Allah Peliharakan Sultan.
...
MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada hari ini, 22 Mac 2025.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda berdua adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor. Allah...
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR DI DAERAH BATU PAHAT
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Penyerahan Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama DYAM Pemangku Sultan Johor di Daerah Batu Pahat di Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat pada hari ini, 21 Mac 2025. Allah Peliharakan Sultan.
PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL QURAN SERTA MAJLIS KHATAM AL QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR KALI KE-28
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Program Membudayakan Al Quran serta Majlis Khatam Al Quran Peringkat Negeri Johor Kali ke-28 yang berlangsung di Masjid Al Mubarak, Bandar Putra Kulai pada hari ini, 18 Mac 2025.
Baginda berdua turut berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid tersebut.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda berdua adalah YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah. Allah Peliharakan Sultan.
...
TERIMA MENGADAP MANTAN PEMAIN BADMINTON MALAYSIA, DATUK LEE CHONG WEI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Datuk Lee Chong Wei, mantan pemain badminton Malaysia pada hari ini, 18 Mac 2025.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.