Skip to main content

Pengarang: Admin

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENYAKSIKAN PERLAWANAN SUKU AKHIR LIGA JUARA-JUARA UEFA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menyaksikan perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara UEFA antara Paris Saint-Germain FC dan Aston Villa di Parc des Princes malam semalam sebagai tetamu khas presiden PSG Nasser Al-Khelaifi. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah Tim Cahill, Penasihat Khas kepada DYAM Pemangku Sultan Johor, Sonny Bill Williams, Duta Sukan Johor, Luis Garcia, Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kiko Insa, Pengarah Sukan JDT. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MELAWAT PUSAT LATIHAN PARIS SAINT-GERMAIN

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dijemput sebagai tetamu khas presiden Paris Saint-Germain FC Nasser Al-Khelaifi untuk melawat pusat latihan serba canggih mereka di Paris semalam dan menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara UEFA menentang Aston Villa di Parc des Princes malam ini. PSG Campus yang dibina pada tahun 2024 adalah antara kemudahan fasiliti latihan bola sepak elit paling moden di dunia. Ia berfungsi sebagai pusat latihan setempat untuk pasukan bola sepak dan bola baling PSG, termasuk akademi mereka. Hadir sama adalah Tim Cahill, Penasihat Khas...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Haziq Bin Abdul Latif, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail kepada beberapa keluarga di Mukim Rimba Terjun Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir...

Continue reading

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI ISTANA DIRAJA JOHOR

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor serta paduka anakanda berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana DiRaja Johor bersama rakyat pada hari ini, 1 April 2025 bersamaan 2 Syawal 1446H. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.