Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan Sigit Suryantoro Widiyanto, Konsul Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru pada hari ini, 16 Oktober 2024. Allah Peliharakan Sultan.
ULANG TAHUN KEPUTERAAN RAJA MUDA JOHOR
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
MAJLIS PERASMIAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE (TMIYC) MUAR, SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT NEGERI JOHOR DAN PROGRAM PENUTUP JELAJAH ASPIRASI ORANG MUDA JOHOR (JAOMJ)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar, Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Johor dan Program Penutup Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor (JAOMJ) Tahun 2024 pada hari ini, 12 Oktober 2024. Allah Peliharakan Sultan.
TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR TENTANG PENUKARAN CUTI HUJUNG MINGGU KEPADA SABTU DAN AHAD DI JOHOR
Ada beberapa negeri masih kekal bercuti hari Jumaat dan Sabtu. Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor. Ini seterusnya akan membawa keuntungan kepada negeri dan rakyatnya.
Dengan izin dan restu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula...
TERIMA MENGADAP MENTERI EKONOMI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Mohd Rafizi Bin Ramli, Menteri Ekonomi pada hari ini, 7 Oktober 2024. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.
RECEIVED IN AUDIENCE MINISTER OF ECONOMY
His Royal Highness Tunku Ismail, the Regent of Johor received in audience Minister of Economy, YB Mohd Rafizi Bin Ramli today, 7 October 2024. Also present was Chief Minister of Johor YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi. Allah Peliharakan Sultan.