Skip to main content

Pengarang: Admin

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

MENZIARAHI MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor pada 27 Mac 2025 bersempena menjelang Hari Raya Aidilfitri 1446H. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SELAMAT HARI POLIS

Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga PDRM dalam memastikan keselamatan serta keamanan Johor terus terjamin. Selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM! Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MELAWAT DAN MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI JOHOR BAHRU

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat melawat dan memberikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang terkesan dengan bencana banjir di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru pada hari ini, 23 Mac 2025. Atas titah Baginda, Southern Volunteers telah digerakkan untuk memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku dan membantu membersihkan kawasan-kawasan yang terlibat. Baginda turut meluangkan masa menyantuni para sukarelawan pembersihan di perkarangan Masjid Taman Tampoi Indah. Allah Peliharakan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.