Skip to main content

Pengarang: Admin

TERIMA MENGADAP TAKZIM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DELEGASI AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap takzim sempena Hari Raya Aidilfitri delegasi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh YAB Dato Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan barisan Jumaah Majlis DiRaja Johor diketuai oleh YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor di Istana Bukit Serene pada hari ini, 31 Mac 2025. Hadir sama adalah YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Datuk Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor, YB Datuk Abdul Aziz Bin...

Continue reading

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

MENZIARAHI MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor pada 27 Mac 2025 bersempena menjelang Hari Raya Aidilfitri 1446H. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SELAMAT HARI POLIS

Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga PDRM dalam memastikan keselamatan serta keamanan Johor terus terjamin. Selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM! Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.