Skip to main content

Pengarang: Admin

TERIMA MENGADAP DELEGASI KEDUTAAN SEPANYOL DI MALAYSIA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Kedutaan Sepanyol di Malaysia yang diketuai oleh TYT Jose Luis Pardo Cuerdo, Duta Sepanyol ke Malaysia di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 19 Jun 2024. Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor dan YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SOLAT SUNAT AIDILADHA BERSAMA RAKYAT

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat pada hari ini, 17 Jun 2024 bersamaan 10 Zulhijjah 1445H. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Sempena perayaan Aidiladha yang bakal disambut oleh umat Islam, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan semoga ibadah korban dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mendapat keberkatan Allah SWT. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri pada hari ini, 14 Jun 2024. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS MENGADAP UNTUK MENYEMBAHKAN WARKAH PERSILAAN KE ISTIADAT PERTABALAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Mengadap Untuk Menyembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada 14 Jun 2024. Persembahan Warkah Persilaan tersebut diketuai oleh YBhg. Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan disempurnakan oleh YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi. Hadir sama adalah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.