Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor pada hari ini, 11 Jun 2024.
Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Ashari Haji Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Dr. Haji Amirul Haffiz Ariff, Setiausaha Bahagian Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN
Penyerahan kurniaan sumbangan DYAM Pemangku Sultan Johor kepada 4 orang penerima dari Mukim Sungai Terap telah disampaikan oleh En. Muhammad Ismat bin Salleh, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Pegawai Daerah Muar di rumah penerima berkenaan.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan merupakan pesakit kronik. Kurniaan ini diharapkan dapat membantu golongan tersebut serta meringankan beban mereka.
PROGRAM JOHOR YOUTH MEETUP BY ORANG MUDA JOHOR (OMJ)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Program Johor Youth Meetup By Orang Muda Johor (OMJ) di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri pada 9 Jun 2024.
Baginda turut meluangkan masa dalam satu sesi podcast yang diadakan secara langsung. Baginda juga beramah mesra bersama rakyat dan melawat tapak-tapak niaga yang disediakan dalam program tersebut. Allah Peliharakan Sultan.
SOLAT JUMAAT BERSAMA RAKYAT DI MASJID AL-MUBARAK BANDAR PUTRA, KULAI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Al-Mubarak Bandar Putra, Kulai pada hari ini, 7 Jun 2024.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Hadir sama adalah YB Dato’ Dr....
MAJLIS PECAH TANAH BANGUNAN BAHARU MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu Majlis Perbandaran Pengerang pada hari ini, 6 Jun 2024.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR
Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Tangkak telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Serom.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban...