Skip to main content

Pengarang: Admin

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH KULAI

Yang Berbahagia En Fizwan Bin Dato Hj Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Senai pada hari ini. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai (Masyarakat), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Senai, Amin Baitulmal Daerah Kulai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR

Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Tangkak telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Tangkak. Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan. Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban...

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI EKONOMI

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Mohd Rafizi Bin Ramli, Menteri Ekonomi di Istana Negara pada hari ini, 28 Mei 2024. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, Dato’ Dr Badrul Hisham Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA) dan Dato’ Ashari Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan). Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP EXCO BELIA, SUKAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN, KOPERASI DAN SUMBER MANUSIA NEGERI JOHOR; DATUK BANDAR JOHOR BAHRU SERTA KETUA POLIS JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru dan YDH CP M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Ketua Polis Johor pada hari ini, 26 Mei 2024. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan hal ehwal negeri dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR

Penyerahan kurniaan sumbangan DYAM Pemangku Sultan Johor kepada 4 orang penerima dari Mukim Parit Bakar telah disampaikan oleh En. Muhammad Ismat bin Salleh, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Pegawai Daerah Muar di rumah penerima berkenaan. Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan merupakan pesakit kronik. Kurniaan ini diharapkan dapat membantu golongan tersebut serta meringankan beban mereka. Turut serta bersama adalah Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang berkenaan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.