Skip to main content

Pengarang: Admin

NUZUL AL-QURAN 1445 HIJRAH

Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Salam Nuzul Al-Quran 1445 Hijrah. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

TERIMA MENGADAP DELEGASI PETRONAS DIKETUAI OLEH TIMBALAN PRESIDEN KANAN/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PETRONAS REFINERY & PETROCHEMICAL COMPLEX (PRPC) BERSAMA PELUMBA DAN PRINSIPAL PASUKAN JDT RACING TEAM

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Petronas yang diketuai oleh Tuan Haji Kamal Bahrin Bin Ahmad, Timbalan Presiden Kanan/Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Refinery & Petrochemical Complex (PRPC) bersama Hafizh Syahrin, pelumba JDT Racing Team dan Steven Tan, Prinsipal Pasukan pada hari ini, 27 Mac 2024. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan JDT Racing Team dan perlumbaan motosikal telah disampaikan dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP KETUA POLIS JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YDH CP M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Ketua Polis Johor pada hari ini, 27 Mac 2024. Perbincangan sesi pertemuan tersebut tertumpu kepada aspek-aspek keselamatan, isu-isu terkini berkaitan Polis DiRaja Malaysia dan inisiatif-inisiatif baharu untuk menurunkan kadar peratusan jenayah di negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR; SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR; PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA RAYA, PENGANGKUTAN, INFRASTRUKTUR DAN KOMUNIKASI NEGERI JOHOR & DELEGASI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA SERTA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) BANGUNAN SULTAN ISKANDAR (BSI) DAN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR (KSAB)

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor dan delegasi Jabatan Imigresen Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pada hari ini, 26 Mac 2024. Hadir sama adalah Tuan Baharuddin Tahir, Pengarah Imigresen Johor, Puan Suraya...

Continue reading

MELAWAT TAPAK HOSPITAL PASIR GUDANG

“Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan. Fokus utama saya adalah untuk memastikan kemudahan penjagaan kesihatan Johor dan pembangunan infrastruktur dijalankan serta menyelesaikan keperluan rakyat.” “Saya sudah bersuara mengenai situasi hospital di Johor sejak 2018. Semasa kerajaan tidak memberi dana untuk membaiki kerosakan hospital di Johor, KDYMM Tuanku telah memberi sumbangan peribadi Baginda untuk membaiki fasiliti yang terbakar dan rosak.” “Saya ingin melihat...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.