Skip to main content

Pengarang: Admin

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445H

Saya dan keluarga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENZIARAHI MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH BERSEMPENA MENJELANG HARI RAYA AIDILFITRI 1445H

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor pada 8 April 2024 bersempena menjelang Hari Raya Aidilfitri 1445H. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor dan Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS PENGURNIAAN BANTUAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1445H KEPADA PENERIMA-PENERIMA YANG MENETAP DI GUGUSAN PULAU-PULAU MERSING

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pengurniaan Bantuan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1445H kepada penerima-penerima yang menetap di gugusan pulau-pulau Mersing. Majlis berlangsung di perkarangan Jeti Pulau Tinggi, Mersing pada hari ini, 3 April 2024. Hadir sama adalah YBhg. Tuan Jamil Hasni Bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR DAN KURNIAAN BANTUAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TAHUN 1445/2024M

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Program Membudayakan Al-Quran Peringkat Negeri Johor dan Kurniaan Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor Tahun 1445H/2024M di Masjid Bandar Pontian, Johor pada hari ini, 27 Mac 2024. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah serta Keluarga DiRaja Johor. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.