Skip to main content

Pengarang: Admin

SELAMAT HARI POLIS KE-217

Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga PDRM dalam memastikan keselamatan serta keamanan Johor terus terjamin. Selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM! Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI PERTAHANAN

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan pada hari ini, 24 Mac 2024. Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Amir Bin Nasruddin, Penasihat Undang-undang Negeri Johor dan YB Brigadier Jeneral Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima Briged Ke-7 Infantri Malaysia (7 Briged). Dalam pertemuan tersebut, perbincangan tertumpu kepada isu-isu terkini berkaitan keselamatan dan ketenteraan khususnya di negeri Johor. Allah...

Continue reading

MAJLIS DOA KESYUKURAN DAN MAJLIS KURNIAAN DARJAH SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI SULTAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini, 23 Mac 2024. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI SULTAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor pada hari ini, 22 Mac 2024. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, YAM Tunku Tun Aminah...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.