Pengarang: Admin
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Puan Nuradibah binti Arop (Penolong Pegawai Daerah) bersama-sama Tuan Haji Norazmi bin Md Anuar (Penghulu Kanan) dan Ketua Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Ketua Kampung Parit Hassan serta Ketua Kampung Bukit Kenangan Simpang Renggam telah menyempurnakan agihan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada beberapa keluarga di mukim Ulu Benut, daerah Kluang.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif,...
TERIMA MENGADAP DELEGASI KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT (AS) DI MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia yang diketuai oleh TYT Edgard D. Kagan, Duta Besar AS ke Malaysia di Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 21 Mei 2024.
Hadir sama adalah Christopher Carver, Kaunselor Politik dan Susan Riggs, Timbalan Kaunselor Ekonomi Kedutaan AS di Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR, SPEAKER DEWAN NEGERI JOHOR SERTA PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENERANGAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 20 Mei 2024.
Hadir sama adalah YB Datuk Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor dan YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah disempurnakan oleh Wakil Rasmi Tuan Pegawai Daerah Segamat; Encik Muhammad Hafizuddin bin Abd Jalal, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat).
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku MahKota Ismail kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Jementah.
SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA SERANGAN BALAI POLIS ULU TIRAM
Salam takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram yang berlaku hari ini. Saya berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini. Al-Fatihah.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam mendidik para pelajar. Jasa anda dalam membangun bangsa akan sentiasa dikenang. Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik!
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor