Skip to main content

Pengarang: Admin

SELAMAT HARI GURU

Terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam mendidik para pelajar. Jasa anda dalam membangun bangsa akan sentiasa dikenang. Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik! Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

SESI MESYUARAT DAN ‘WORKOUT’ BERSAMA PENGARAH TEKNIKAL QATAR FA DAN KETUA PEGAWAI SUKAN AKADEMI ASPIRE, TIM CAHILL

Dari sesi mesyuarat ke sesi ‘workout’, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perbincangan dengan Pengarah Teknikal Qatar FA dan Ketua Pegawai Sukan Akademi Aspire, Tim Cahill untuk projek bola sepak baharu. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SELAMAT HARI IBU

Sambutan Hari Ibu merupakan hari penting untuk menghargai dan menghormati jasa ibu yang telah memberikan kasih sayang dan pengorbanan tanpa kenal erti lelah dan jemu. Terima kasih dan Selamat Hari Ibu kepada Mama, isteri saya, adik saya dan ibu-ibu di luar sana! Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

MAJLIS MUAFAKAT BERSAMA KAUM SIKH NEGERI JOHOR & MAJLIS SANTAPAN MINUM PETANG SEMPENA HARI VAISAKHI ANJURAN GURDWARA SAHIB JOHOR BAHRU

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Muafakat Bersama Kaum Sikh Negeri Johor & Majlis Santapan Minum Petang Sempena Hari Vaisakhi anjuran Gurdwara Sahib Johor Bahru di Dato’ Dr. Harjit Singh Johor Kriket Akademi dan Oval pada hari ini, 11 Mei 2024. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TITAH UCAPAN DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-15

Titah Ucapan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bagi Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Dewan Persidangan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada 9 Mei 2024. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT HADIR MERASMIKAN MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-15

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat hadir merasmikan Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Dewan Persidangan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada 9 Mei 2024. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Datuk Dr. Haji Mohd...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.