Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini, 23 Mac 2024.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI SULTAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor pada hari ini, 22 Mac 2024.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, YAM Tunku Tun Aminah...
TERIMA MENGADAP PENGARAH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) DAN PANGLIMA 21 GERUP GERAK KHAS (GGK)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YBhg Dato’ Haji Azmi Bin Haji Alias, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor dan Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah, Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK) pada hari ini, 20 Mac 2024.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara telah disampaikan dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR ZAHIR TAHNIAH KEPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN MAJLIS AGAMA NEGERI JOHOR
Syabas. Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Polis Di Raja Malaysia kontinjen Johor sudah mengambil tindakan.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
GESAAN DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERHUBUNG ISU STOKING TERTERA KALIMAH ‘ALLAH’
Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.
Isu ini tidak boleh dipandang remeh.
Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor