DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Penyerahan Zakat dan Kurniaan Bantuan Zakat Bagi Tahun 2021M/1442H yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru pada hari ini, 3 Mei 2021.
Dalam majlis berkenaan, Baginda berkenan menyaksikan penyerahan zakat dan penyampaian kurniaan berjumlah RM40,679,825.37 yang diberikan kepada penerima serta pertubuhan yang layak. Jumlah kutipan zakat negeri Johor bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM300.086 juta di mana sebanyak RM299.70 juta ataupun 99.87 peratus telah diagihkan...
SELAMAT HARI PEKERJA
Kemajuan Johor hari ini tidak akan dapat dikecapi tanpa sumbangan pekerja-pekerja yang komited untuk menjayakan negeri ini. Sempena sambutan Hari Pekerja, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja yang telah menyumbang ke arah kemajuan Johor, terutamanya barisan hadapan ketika pandemik Covid-19 ini.
Selamat Hari Pekerja kepada semua!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
KURNIAAN CAHAYA MATA OLEH ALLAH SWT
Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas kurniaan cahaya mata di bulan mulia yang penuh keberkatan ini.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SEKOLAH TEMPAT MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN
Sekolah adalah tempat untuk memupuk semangat perpaduan antara rakyat Johor, bukan untuk memecahbelahkan masyarakat kita. Hari ini saya telah menerima mengadap Encik Abdul Razak bin Hamid, Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat, Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Hj Sahilon bin Abd Halim, Timbalan Pengarah JPN (Pemangku Pengarah JPN Johor) dan Dr Suhaimi bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat.
Saya menerima makluman mengenai kejadian di SMK Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat yang melibatkan syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti ko-kurikulum. Saya telah...
KELAB HOKI AIS JDT LANCARKAN LOGO & JERSI
Kelab Hoki Ais Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melancarkan logo baharu, jersi dan memperkenalkan skuad itu pada sidang media di Ibu Pejabat JDT di Stadium Sultan Ibrahim hari ini.DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menzahirkan kesungguhan untuk meningkatkan profil sukan tersebut di Malaysia dan pada masa yang sama mengembangkan jenama JDT dengan lebih luas.Gelanggang hoki ais akan dibina di Iskandar Puteri, Johor sementara akademi akan dinaiktaraf untuk melahirkan lebih ramai lagi bakat. Kelab Hoki Ais JDT juga akan menghasilkan barangan untuk...
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MELAWAT MANGSA BENCANA BANJIR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat melawat mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada 6 Januari 2021. Allah Peliharakan Sultan.