Saya ingin memberi pandangan dan nasihat yang ikhlas kepada semua ahli politik di Johor ataupun mana-mana. Anda harus memberikan keutamaan kepada krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang kini berada di tahap yang amat membimbangkan. Sekarang bukan masa untuk berpolitik.
Anda semua dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat demi rakyat dan negara. Tolonglah berikan tumpuan untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan cuba sedaya boleh untuk memerangi pandemik ini.
Ketepikan segala perbezaan politik, lakukan gencatan politik buat sementara ini dan berikan tumpuan sepenuhnya...
INISIATIF MEMBANTU BANGSA JOHOR MENCARI SUMBER PENDAPATAN
Saya telah berbincang dengan YAB Menteri Besar dan kerajaan negeri Johor untuk terus melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti ini untuk membantu Bangsa Johor mengembangkan kemahiran dan mempelajari pengetahuan baru.
Kita perlu menolong rakyat yang hilang pekerjaan untuk mencari sumber pendapatan baru dan memberi latihan asas didalam sektor industri berlainan yang masih aktif serta meningkatkan kebolehkerjaan masa depan mereka.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
BEKALAN VAKSIN DI JOHOR
Saya ingin berkongsi dengan Bangsa Johor bahawa 1.293 juta dos vaksin akan tiba pada Julai 2021 melalui Program Imunisasi Covid-19 Nasional (PICK). 1.293 juta dos ini terdiri daripada 583 ribu vaksin Pfizer, 637 ribu vaksin Sinovac dan 73 ribu vaksin AstraZeneca.
Dos vaksin ini akan tiba :
Minggu pertama Julai – 51,100 dos
Minggu 5 Julai – 178,540 dos
Minggu 12 Julai – 278,132 dos
Minggu 19 Julai – 394,620 dos
Minggu 26 Julai – 390,900 dos
Saya akan turut serta untuk penerimaan vaksin dan memastikan ianya diberikan kepada semua Bangsa...
TAHNIAH SOUTHERN VOLUNTEERS
Syukur Alhamdulillah, sejak dua minggu lepas, 284,496 orang telah berjaya didaftarkan oleh Southern Volunteers bagi tujuan Pendaftaran Vaksin.
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak termasuklah Southern Volunteers yang turun padang dan bekerjasama untuk membantu rakyat.
Secara keseluruhan 80% daripada rakyat Johor telah mendaftar untuk vaksinasi. Saya berharap kita dapat mencapai tahap 85% pada akhir bulan ini.
Saya yakin dengan usaha dan muafakat semua pihak khususnya, Pegawai Daerah, Datuk Bandar, Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan, Pemimpin Masyarakat,...
BINA RUMAH UNTUK GELANDANGAN
Menerusi laporan baru-baru ini, terdapat lebih 500 orang Yang kini hidup gelandangan di Johor Bahru. Saya menitahkan agar pembinaan Pusat Transit Gelandangan di Johor Bahru dipercepatkan supaya mereka yang hidup gelandangan ini dapat tempat tinggal yang lebih selesa dan bantuan dari segi makanan dan kesihatan dapat disampaikan kepada mereka.
Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, mereka yang hidup gelandangan ini adalah antara golongan yang paling terdedah kepada jangkitan virus Covid-19 kerana mereka terpaksa tinggal di tepi-tepi jalan atau di tempat awam.
Saya juga menitahkan agar...
PERCEPATKAN LAGI PELAKSANAAN INISIATIF MELAWAN PANDEMIK COVID-19
Saya telah berjumpa dengan YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini (4 Julai 2021). Dalam perjumpaan tersebut saya telah menitahkan agar kerajaan negeri mempercepatkan lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif melawan pandemik Covid-19 yang kini dalam keadaan yang kritikal.
Sehingga kini, statistik Covid-19 masih menunjukan jumlah kes harian yang tinggi. Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami...