Skip to main content

SOUTHERN VOLUNTEERS DAN PEJABAT DAERAH BERGANDING BAHU MEMBANTU BANGSA JOHOR

Susulan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan, pejabat-pejabat daerah negeri Johor pada masa ini berkerja keras untuk menolong setiap lapisan rakyat mendapat suntikan vaksinasi dan juga memberi bantuan kepada keluarga yang terkesan. Para belia Johor melalui platform Southern Volunteers turut membantu bagi memudahkan urusan vaksinasi Bangsa Johor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di setiap daerah dan mambantu mengagihkan sumbangan makanan dan barang keperluan. Kita harus bekerjasama untuk membantu golongan yang terkesan dan memastikan objektif Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan...

Continue reading

TIADA BANGSA JOHOR YANG TERPAKSA BERLAPAR

Ramai yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Saya sedih mendengar berita ramai rakyat yang tertekan akibat kehilangan pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat pandemik ini. Ia benar-benar telah menduga rakyat Johor secara keseluruhan. Saya berharap tiada Bangsa Johor yang terpaksa berlapar kerana ketiadaan makanan di rumah sepanjang tempoh yang mencabar ini. Oleh itu, saya menitahkan supaya para belia Johor melalui platform Southern Volunteers untuk membantu kerajaan negeri menggerakkan bantuan untuk disalurkan kepada rakyat Johor yang sangat terkesan sekarang ini....

Continue reading

LAWATAN KE PPV PERSADA JOHOR

Saya telah melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Persada Johor pada hari ini untuk meninjau pengoperasian program vaksinasi Covid-19. PPV Persada Johor merupakan PPV Mega yang pertama di Johor dan telah mula beroperasi sejak 7 Jun 2021. Setakat ini, sebanyak 3,000 orang menerima vaksin di PPV Persada Johor setiap hari. Saya prihatin akan keluhan rakyat mengenai akses kepada vaksin dan yakin dengan usaha Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam memastikan bekalan vaksin yang mencukupi bagi semua Bangsa Johor. Sangat penting untuk kita mencapai imuniti kelompok demi membendung...

Continue reading

SELAMAT HARI BAPA

Bapa saya. Bapa kepada Bangsa Johor. Selamat Hari Bapa kepada Bah. Semoga Bah sentiasa berada dalam perlindungan ALLAH SWT. Daulat Tuanku. Allah Peliharakan Sultan! Selamat Hari Bapa juga kepada semua para bapa. Semoga anda semua sentiasa diberkati. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

SOUTHERN VOLUNTEERS MEMBANTU DI PUSAT-PUSAT VAKSINASI JOHOR

Alhamdulillah Southern Volunteers telah bergerak membantu di semua pusat-pusat vaksinasi di dalam negeri Johor. Antara peranan mereka adalah membantu warga emas dan orang kelainan upaya, membantu sesi pendaftaran di Pusat Vaksinasi, dan membuat panggilan menghubungi penerima vaksin dan sebagainya. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada setiap anak muda Johor yang menawarkan khidmat bakti di kala negeri Johor memerlukan bantuan saudara-saudari. Sumbangan tenaga dan masa belia untuk negeri ini tidak ternilai dan amat saya hargai. Esok pula, akan bermulanya fasa kedua gerak kerja...

Continue reading

SOUTHERN VOLUNTEERS DIGERAKKAN BAGI MEMBANTU PROGRAM VAKSINASI DI JOHOR

Saya ambil maklum mengenai keresahan rakyat Johor berkaitan program vaksinasi Covid-19, lebih-lebih lagi dengan peningkatan mendadak jumlah kes positif harian serta kematian sejak akhir-akhir ini. Memandangkan situasi wabak Covid-19 yang sangat serius di negeri Johor, Tuanku Sultan Johor pada 20 Mei 2021, telah menitahkan supaya semua Ahli Parlimen dan ADUN di negeri Johor bermesyuarat dan bekerjasama untuk menolong rakyat Johor memerangi wabak Covid-19. Golongan belia juga harus memainkan peranan mereka untuk membendung penularan wabak Covid-19 ini. Salah satu cara adalah untuk...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.