Skip to main content

BANTUAN UNTUK KOS PERUBATAN ADIK KOH JIA WEI

Saya telah menerima laporan dari pegawai saya berkenan adik Koh Jia Wei dan saya akan hulurkan bantuan untuk kos perubatan. Saya berharap dan berdoa agar pembedahan ini dapat membantu beliau meneruskan hidup dengan lebih sempurna. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor https://www.nst.com.my/news/nation/2022/03/784558/single-mother-appeals-public-help-fund-daughters-heart-surgery

Continue reading

PERSIAPAN PEMBUKAAN SEMULA SEMPADAN PADA 1 APRIL

Sama sama Datuk. Kami harus membantu Bangsa Johor dan memastikan segala keperluan dan persiapan sudah siap untuk pembukaan semula pada 1 April ini. Kita harus sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dan memperbaiki ekonomi negeri Johor. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor https://www.facebook.com/onnhafizghazi/posts/390304039761821

Continue reading

SULTAN JOHOR KURNIA BANTUAN MAKANAN KEPADA KOMUNITI TEBRAU

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 311 kotak bantuan makanan kepada komuniti Tebrau yang bertempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara. Bantuan makanan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) disampaikan oleh Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh. YSIJ dengan kerjasama Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) turut mengedarkan 1,600 paket makanan bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19 serta golongan berpendapatan rendah pada hari ini (27 Mac). Jin Bin Corporation di bawah produk...

Continue reading

SULTAN JOHOR BIAYAI KOS PEMBINAAN SEMULA GERAI MUSNAH KEBAKARAN DI FELDA ULU TEBRAU

Lima peniaga yang terjejas pendapatan selepas gerai mereka di Kawasan Perniagaan Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru di sini, musnah dalam kebakaran pada Jumaat lalu, bersyukur dengan kurniaan bantuan DYMM Sultan Johor. Keberangkatan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melawat kawasan kejadian pada hari ini (27 Mac) membawa sinaran baharu kepada peniaga-peniaga berkenaan. Baginda Tuanku Sultan yang meluangkan hampir 30 minit bertemu mangsa-mangsa kebakaran, bertitah bahawa kos pembinaan semula gerai-gerai yang terjejas akan dibiayai oleh Yayasan Sultan Ibrahim...

Continue reading

TAHNIAH KEPADA BARISAN EXCO NEGERI YANG BARU DILANTIK

Tahniah saya ucapkan kepada para EXCO yang telah dilantik pada hari ini. Saya yakin bahawa barisan EXCO negeri yang baru ini berpelajaran dan berkelayakan untuk mentadbir kerajaan negeri dengan dedikasi dan integriti. Barisan EXCO ini juga mempunyai perwakilan dari golongan belia dan menunjukkan bahawa kerajaan negeri ingin melibatkan golongan muda untuk menggalakkan pentadbiran negeri yang lebih dinamik. Kepada para belia, kini sudah tiba masa untuk anda semua bangkit dan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan Johor. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Onn...

Continue reading

MAJLIS ISTIADAT PELANTIKAN DAN ANGKAT SUMPAH TAAT SETIA 10 AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Taat Setia 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada hari ini 26 Mac 2022 di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.