Skip to main content

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA

Saya sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan tahun ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah. Salam Ramadan Kareem. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

TAHNIAH BUAT ANGGOTA-ANGGOTA JMF SEBAGAI JUARA KESELURUHAN DALAM UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK GERUP GERAK KHAS

Saya ucapkan tahniah buat anggota-anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Forces) yang baru-baru ini telah berjaya menjadi juara keseluruhan dalam Ujian Kemahiran Menembak Gerup Gerak Khas. Dalam lima acara yang dipertandingkan, JMF telah meraih keputusan yang membanggakan iaitu; 1. Johan Repal Acara 1 & 2 2. Johan Acara Jatuh Piring Peg/LLP 3. Johan Pistol Jatuh Piring Lelaki 4. Naib Johan Acara Jatuh Piring Pistol Jemputan 5. Tempat ketiga bagi Pistol Acara 1 & 2 Ini merupakan satu kebanggaan buat saya kerana ia membuktikan kecekapan anggota...

Continue reading

SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK SINDROM DOWN, KOH JIA WEI YANG MENGALAMI SAKIT JANTUNG BERLUBANG

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan menyampaikan sumbangan kewangan untuk membantu kanak-kanak sindrom down, Koh Jia Wei (berusia 1 tahun) yang mengalami sakit jantung berlubang. Doktor telah mengesahkan bahawa anak kecil ini memerlukan pembedahan segera untuk pembetulan jantung kerana dia berisiko untuk mengalami kegagalan jantung dan akan memerlukan sokongan oksigen sepanjang hayatnya. Cek tersebut akan disampaikan sendiri oleh pegawai DYAM Tunku Mahkota Johor kepada ibunya, Koh Bee Bee bagi menampung kos pembedahan segera dan rawatan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.