Skip to main content

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI TUN HUSSEION ONN MALAYSIA (UTHM)

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor berangkat ke majlis Istiadat Konvokesyen Ke-22 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 3 Disember 2022, bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM. Dalam majlis tersebut, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah dimasyhurkan sebagai Canselor UTHM yang baharu manakala YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha...

Continue reading

DYAM TUNKU MAKHOTA JOHOR DAN AHLI PASUKAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM MEMPERSEMBAHKAN TROFI PIALA MALAYSIA 2022 KEPADA DYMM SULTAN JOHOR

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor terima mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan ahli pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim yang mempersembahkan trofi Piala Malaysia 2022 kepada Baginda. Turut sama hadir ialah Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT, Martin Prest, Pengarah Sukan, Hector Bidoglio Ketua Jurulatih serta kapten kelab Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Natxo Insa. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS PENGURNIAAN DARJAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada 22 November 2022. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah ahli Keluarga Diraja Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.