Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 9 September 2025.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
SOLAT MAGHRIB SERTA SOLAT BERJEMAAH BERSAMA PASUKAN BOLA SEPAK HARIMAU MALAYA DAN PASUKAN BOLA SEPAK KEBANGSAAN PALESTIN
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Maghrib serta solat hajat berjemaah bersama pasukan bola sepak Harimau Malaya dan pasukan bola sepak kebangsaan Palestin di Masjid Sultan Abu Bakar pada hari ini, 7 September 2025.
Baginda turut menyampaikan sumbangan kurniaan peribadi dan juga dari Kerajaan Negeri Johor melalui Tabung Kasih Johor-Palestin untuk disalurkan bagi keperluan kemanusiaan dan pembangunan. Allah Peliharakan Sultan.
PENINGKATAN NEGERI JOHOR SEJAK TAHUN 2024
9 Mei 2024 — Dalam titah ucapan pembukaan sidang ADUN yang pertama saya sebagai Pemangku Sultan Johor, saya telah menyatakan bahawa keutamaan saya untuk Negeri Johor adalah untuk mempertingkatan Ekonomi, Pendidikan, Infrastruktur dan Penjagaan Kesihatan agar Bangsa Johor dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Berikut merupakan merupakan pencapaian Johor sejak titah ucapan tersebut:
EKONOMI
KDNK Johor tahun 2024 mencatat pertumbuhan 6.4% yang merupakan tertinggi di Malaysia dan melebihi purata nasional (5.1%).
Johor mencatat nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah...
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 1447H/2025M
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Negeri Johor Tahun 1447H/2025M yang berlangsung di daerah Kluang, Johor pada 5 September 2025.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Haji Mohd Fared Bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi...
MAULIDUR RASUL
Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di mana jua anda berada.
Semoga kita terus mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Bersama-samalah juga kita mendoakan agar Johor sentiasa berada di bawah keberkatan Allah SWT.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TERIMA MENGADAP KETUA PENGARAH LAUT MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YBhg. Datuk Haji Dickson Dollah, Ketua Pengarah Laut Malaysia pada hari ini, 3 September 2025.
Hadir sama adalah Encik Khairil Azizie Che Mat, Pengarah Laut Wilayah Selatan. Allah Peliharakan Sultan.