Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat mengadakan pertemuan dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino pada hari ini, 25 Oktober 2025. Sebelum pertemuan tersebut, Baginda telah mengadakan sidang media bagi membincangkan perkara-perkara penting berkaitan pembangunan serta hala tuju masa depan bola sepak Malaysia.
Baginda bertitah, “Kita bukan berada di sini untuk saling menuding jari, kita berada di sini untuk mencari penyelesaian dan membina asas bola sepak yang kukuh untuk negara.”
MAKAN MALAM BERSAMA PARA PEMAIN DAN BARISAN KEJURULATIHAN SKUAD RAGBI JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menjemput para pemain dan barisan kejurulatihan skuad Ragbi Johor untuk makan malam bersama selepas kejayaan mereka memasuki pusingan akhir Piala Agong setelah menewaskan skuad Perlis pada hari ini, 18 Oktober 2025. Allah Peliharakan Sultan.
ULANG TAHUN KEPUTERAAN RAJA MUDA JOHOR
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
DI BELAKANG PENTAS BERSAMA SELURUH KELUARGA WWE
Di belakang pentas bersama legenda sebenar Triple H, John Cena, American Nightmare Cody Rhodes, The Usos dan seluruh keluarga @wwe. #gameisrigged
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR DIJEMPUT SEBAGAI TETAMU KHAS PERLAWANAN THE RUGBY CHAMPIONSHIP
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dijemput sebagai tetamu khas untuk menyaksikan perlawanan The Rugby Championship antara pasukan All Blacks, New Zealand dan Wallabies, Australia di Stadium Optus, Australia pada hari ini, 4 Oktober 2025. Allah Peliharakan Sultan.