Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YDH CP Datuk Ibrahim Darus, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada hari ini, 3 September 2025. Hadir sama adalah YDH SAC Nor Azizi Maarof, Ketua Cawangan Khas Johor. Allah Peliharakan Sultan.
PEMENANG PIALA DUNIA GERARD PIQUÉ LAWAT STADIUM SULTAN IBRAHIM
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor membawa Gerard Piqué, bekas pemain antarabangsa Sepanyol dan kapten FC Barcelona melawat Stadium Sultan Ibrahim pada hari ini, 2 September 2025.
Pemenang Piala Dunia 2010 dan Kejuaraan Eropah 2012 tersebut yang berada di Johor minggu ini, turut singgah ke Arena Larkin sebelum mengunjungi ‘Home of the Southern Tigers’.
Antara yang dibincangkan adalah peluang dan potensi untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa kelab di Stadium Sultan Ibrahim dan kerjasama dalam setiap aspek. Allah Peliharakan...
TERIMA MENGADAP KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YBhg. Dato’ Aedy Fadly Bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia pada hari ini, 26 Ogos 2025. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia pada hari ini, 26 Ogos 2025.
Hadir sama adalah YBhg. Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBhg. Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan, YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor. Allah Peliharakan...
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 26 Ogos 2025.
Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Lukman Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Allah Peliharakan Sultan.