Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meluangkan masa bersama para pemain pasukan ragbi terkemuka dunia, All Blacks pada hari ini, 3 Oktober 2025. Hadir sama adalah Sonny Bill Williams, bekas pemain All Blacks dan Duta Sukan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
PERMOHONAN PEMBERIAN STATUS WARGANEGARA OLEH KDN LALUI PROSES SANGAT TELITI – SAIFUDDIN
Setiap permohonan berkaitan pemberian status kewarganegaraan yang diterima oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui proses yang sangat teliti.Mengulas isu tujuh pemain Harimau Malaya yang dikenakan tindakan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata di peringkat kementerian, segala tindakan yang perlu dalam proses pemberian dokumen itu adalah berdasarkan peruntukan undang-undang.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, katanya, pemberian status warganegara secara naturalisasi adalah di bawah Perkara 19 iaitu membabitkan pemohon yang mempunyai salasilah, keturunan...
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR PERTIKAI KEPUTUSAN FIFA TERHADAP FAM
FAM dah ikut proses dan kerjasama dgn FIFA & Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?
Lagi 1 persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab2 keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai. Who was in New York?
Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran...
TERIMA MENGADAP KETUA HAKIM NEGARA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Yang Amat Arif Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua Hakim Negara pada hari ini, 24 September 2025. Baginda turut membawa Ketua Hakim Negara melawat Dewan Cina di Istana Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.