Skip to main content

MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN NEGERI JOHOR DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Johor dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari ini, 21 April 2025. Menerusi kerjasama antara Johor dan SKMM ini, pelbagai inisiatif baharu akan dilaksanakan termasuk pembangunan infrastruktur digital, peluasan liputan 5G di kawasan-kawasan strategik, memperluas liputan rangkaian Internet, pembangunan literasi digital rakyat dan pelaksanaan program keselamatan siber....

Continue reading

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR (JMF)

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada hari ini, 18 April 2025 di Wisma Iskandar, Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN PENCAPAIAN JOHOR

Johor telah mencatat pelaburan bernilai RM27.4 bilion bagi suku pertama tahun 2025. Pencapaian ini didorong terutamanya oleh Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta pelbagai inisiatif lain yang dilaksanakan bagi menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini. Pada masa yang sama, seperti yang saya telah tegaskan apabila dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor, saya akan memastikan tahap pendidikan di Negeri Johor dipertingkatkan. Pihak Kerajaan Johor telah memperuntukkan RM55 juta untuk memperbaiki sistem pendidikan di Johor. Berkenaan mitigasi banjir yang sepatutnya lengkap...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.