Pada hari ini saya meneruskan tinjauan situasi banjir di daerah Tangkak. Turut hadir bersama Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan Tuan Haji Azman bin Haji Mohamed Shah, Pegawai Daerah Tangkak. Saya telah melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Bandar Tangkak untuk mendapat perkembangan terkini mengenai bencana banjir di Tangkak.
Setakat ini, terdapat 31 mangsa daripada tujuh keluarga yang telah dipindah ke PPS tersebut. Bantuan keperluan asas telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir oleh Johor Military Force (JMF) dengan bantuan...
MEMANTAU PERSIAPAN MENGHADAPI BANJIR
Buat masa ini DYMM Tuanku berada di Segamat. Saya pula akan ke PPS Tangkak, dan selepas itu ke Muar untuk memantau persiapan-persiapan kerana paras air sungai-sungai sudah melebihi tahap bahaya.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
BANJIR: LAPORAN TERKINI
Laporan…buat masa ini hanya satu PPS sahaja yang dibuka di Tangkak. Saya akan pergi semula ke Segamat, Tangkak dan Muar esok untuk memantau keadaan disana dan pastikan semua persiapan berjalan dengan lancar.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
BANJIR: LAPORAN TERKINI DI DAERAH MUAR, MERSING, PONTIAN DAN KOTA TINGGI
Ini laporan terkini di Daerah Muar, Mersing, Pontian dan Kota Tinggi. Buat masa ini semua berada dalam keadaan baik. Cuma di Pontian buat masa ini taburan hujan lebih lebat. Saya akan sentiasa memantau dan bertindak mengikut laporan selanjutnya.
PPS DI DAERAH SEGAMAT DALAM KEADAAN TERKAWAL
Saya telah selesai melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Segamat iaitu di PPS SK Kampung Tenang Labis, PPS Dewan Pekan Air Panas, Labis dan PPS SJKC Ai Chun. Alhamdulillah, barang-barang bantuan telah diagihkan kepada mangsa banjir dan suasana di sini semuanya terkawal.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MELAWAT PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) BANJIR DI DAERAH SEGAMAT
Saya telah sampai di PPS SK Kampung Tenang Labis, PPS Dewan Pekan Air Panas, Labis dan PPS SJKC Ai Chun di daerah Segamat. Terdapat tambahan keluarga yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan ini. Barang-barang bantuan telah diagihkan dan suasana disini terkawal.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor