Skip to main content

ARAHAN BAGI MEMASTIKAN KESIAPSIAGAAN DALAM USAHA PENEBATAN BANJIR DAN PENYEDIAAN BANTUAN

Menerusi laporan ramalan awal, Johor dijangka akan dilanda banjir bermula 1 Januari. Saya telah mengarahkan agensi-agensi kerajaan dan pejabat-pejabat daerah supaya memastikan kesiapsiagaan untuk bertindak pantas dalam usaha penebatan banjir dan menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.Saya juga telah mengarahkan supaya Southern Volunteers digerakkan untuk membantu pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha membantu mangsa banjir.Saya akan terus memantau situasi di Johor, dan memastikan segala bantuan akan...

Continue reading

SELAMAT HARI NATAL

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR

Pegawai-pegawai daerah sudah sedia maklum akan tugas jika banjir di kawasan masing masing. Bantuan tenaga, barangan dan tempat berteduh sedia untuk digerakkan. Istana Johor juga sudah bersiap sedia dengan 4,000 kotak keperluan asas untuk diagihkan. Bantuan akan ditambah mengikut keperluan. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

TITAH BAGI MEMASTIKAN SEMUA JENTERA, PERALATAN DAN PERSIAPAN RAPI BERSEDIA MENGHADAPI BANJIR

Saya telah menerima laporan ramalan cuaca dan status aras air di beberapa sungai di Johor. Saya telah menitahkan semua pegawai-pegawai daerah dan agensi-agensi di Johor untuk memastikan semua jentera, peralatan dan persiapan rapi dibuat serta bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa. Semua agensi kerajaan hendaklah sentiasa memantau situasi terkini sepanjang masa untuk memastikan Johor bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Agensi-agensi berkenaan juga mesti memaklumkan kepada rakyat maklumat masa nyata dengan cepat jika apa-apa berlaku. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.