Skip to main content

BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI MELAKA

Bantuan kepada mereka yang terjejas akibat banjir telah dilaksanakan di Melaka semalam. Agensi dari Johor akan ke Shah Alam hari ini, kemudian ke Hulu Langat dan Pahang esok hari. Semoga bantuan ini meringankan beban mereka yang terjejas.

Continue reading

PENGHANTARAN BANTUAN KEDUA SUDAH BERTOLAK

Penghantaran bantuan kedua sudah bertolak. Diharapkan bantuan-bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir. Terima kasih kepada semua pihak dan agensi Johor yang terlibat dalam usaha bantuan ini. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

ISU BENCANA BANJIR DAN SUKARELAWAN AKAN DIHANTAR UNTUK MEMBANTU MANGSA BANJIR

Saya mengambil maklum mengenai bencana banjir yang telah melanda enam negeri. Saya berharap pihak berkuasa memberi pertolongan kepada semua yang terjejas. Tumpuan juga perlu diberi kepada pencegahan banjir dengan segera.Saya juga telah mengarahkan agar Southern Volunteers bersiap sedia untuk dihantar ke kawasan-kawasan banjir bagi usaha membantu, membersih dan pengagihan sumbangan barangan keperluan. Sama-sama kita doakan untuk keselamatan dan berkat Allah SWT bagi semua mangsa banjir.DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

MELAWAT DAN BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK MERSING

Pada hari ini (18 Disember 2021), saya dan isteri telah berangkat ke daerah Mersing untuk melawat dan beramah mesra dengan para penduduk di sekitar daerah. Program untuk hari ini bermula di Kampung Air Puteri dengan lawatan ziarah kasih ke rumah warga-warga kampung yang asnaf bagi menghulurkan bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban mereka. Seterusnya, program disambung dengan persembahan tarian tradisional dan permainan tradisional seperti sumpit, congkak dan dam soksek di Pejabat Majlis Kebudayaan Daerah Mersing. Persembahan diteruskan...

Continue reading

HASRAT ADIK ADAM UNTUK MELAWAT LEGOLAND DITUNAIKAN

Hasrat adik Adam yang menghidap penyakit jantung terbalik untuk melawat Legoland telah ditunaikan hari ini, 18/12/2021. Atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), adik Adam telah diiringi oleh Pegawai Daerah Pontian bagi menunaikan hasratnya. Semoga ia dapat membawa keceriaan kepada adik Adam dan keluarga. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.