BANJIR: LAPORAN TERKINI DARI SEGAMAT
Laporan terkini dari Segamat. Saya akan terus ke Segamat untuk pastikan semua keadaan terkawal.DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SELAMAT TAHUN BARU 2022!
Saya berdoa kepada ALLAH SWT agar negeri Johor dan seluruh Bangsa Johor diberi taufiq dan hidayah, keselamatan serta kesihatan berpanjangan. Semoga kita semua dilimpahi rezeki dan mencapai kejayaan demi kejayaan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MELAWAT BILIK GERAKAN BANJIR DAERAH JOHOR BAHRU
Saya pergi ke Bilik Gerakan Banjir Daerah Johor Bahru yang bertempat di Pejabat Daerah Johor Bahru bagi memantau perkembangan terkini dan memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana banjir.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MAKLUMAT SITUASI TERKINI BANJIR
Maklumat situasi terkini di Daerah Segamat, Daerah Tangkak, dan Daerah Kulai. Alhamdulillah semua masih dalam keadaan baik.
LAPORAN: SEMUA AGENSI DAN KAKITANGAN BERSEDIA MENGHADAPI BANJIR
Ini adalah laporan pagi ini yang saya terima. Semua agensi-agensi dan kakitangan sudah bersedia di daerah-daerah yang mungkin mengalami banjir. Johor Military Force juga sudah bersedia untuk dikerahkan dengan menyediakan barang-barang bantuan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor