Saya telah menitahkan agar Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Hutan Bandar, Johor Bahru dijadikan pusat operasi Special Task Force Covid-19 (STFC) Johor.
TMIYC Hutan Bandar akan menjadi pusat tumpuan bagi segala inisiatif STFC Johor sepanjang masa pandemik ini sehinggalah situasi di Johor kembali normal. Diharapkan ini dapat membantu usaha dan inisiatif STFC Johor dalam pengurusan wabak Covid-19.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
JOHOR AKAN BERALIH KE FASA 2 PELAN PEMULIHAN NEGARA TIDAK LAMA LAGI
Johor akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi. Selepas perbincangan saya dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Special Task Force Covid-19 Johor dan juga Menteri Kesihatan, saya yakin perkara ini akan diumumkan tidak lama lagi.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
DYAM TUNKU MAHKOTA MENERIMA MENGHADAP PANGLIMA 21 GERUP GERAK KHAS
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Mejar Jeneral Nubli Bin Hj Hashim, Panglima 21 Gerup Gerak Khas dan Mejar Jeneral Datuk Jamaluddin Bin Jambi, Mantan Panglima 21 Gerup Gerak Khas 21 pada 17 September 2021. Allah Peliharakan Sultan.
PERJUMPAAN PERTAMA SPECIAL TASK FORCE COVID-19
Perjumpaan pertama telah diadakan hari ini untuk Special Task Force Covid-19 di peringkat negeri Johor. Turut hadir bersama YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Haji Mohd Noh Bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan pakar-pakar kesihatan dan pengurusan pandemik.
Special Task Force Covid-19 berperanan untuk memantau dan memperbaiki proses yang...
HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Istiadat Ziarah Makam Diraja Johor sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar pada 13 September 2021. Allah Peliharakan Sultan.
SPECIAL TASK FORCE COVID-19
Saya telah mengadakan perjumpaan hari ini bersama YBhg Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Dr. Dhesi Baha Raja. Hasil daripada perjumpaan ini, saya telah menitahkan agar ditubuhkan ‘Special Task Force Covid-19’ di peringkat negeri Johor.
Jawatankuasa khas ini akan terdiri daripada beberapa agensi termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), kerajaan negeri, pakar-pakar profesional dan akan diketuai sendiri oleh saya bagi memantau dan menambah baik pengurusan pandemik...