Dalam situasi semasa pandemik ini, amat penting untuk memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat dipelihara, dan memiliki akses kepada barangan keperluan asas. Pada 6 Julai 2021, saya telah menitahkan agar tempat perlindungan sementara segera didirikan untuk para gelandangan di Johor.
Kerajaan Johor bertindak pantas dengan membuka dua tempat perlindungan sementara di Perling dan Anjung Singgah yang dapat menampung sehingga 200 orang. Tempat perlindungan kekal ketiga sedang dibina oleh MBJB di Taman Larkin Perdana dan dijangka siap menjelang Julai 2022.
Ini adalah komitmen saya...
ISU GURU MENOLAK VAKSIN COVID-19
Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan para guru di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama-sama dengan Mufti Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor pada Jumaat ini. Demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Insya’Allah.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
RAKYAT ADALAH KEUTAMAAN
Kestabilan dan kehidupan Rakyat adalah keutamaan dan bukan kepentingan peribadi.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
KEADAAN PUSAT KUARANTIN DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
Saya telah mengadakan perjumpaan hari ini bersama YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah JKNJ, YBhg Dato’ Prof. Adeeba Kamarulzaman dan Dr. Dhesi Baha Raja susulan paparan media sosial viral mengenai keadaan pusat kuarantin pesakit Covid-19 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Hasil daripada perjumpaan ini, saya telah menitahkan agar pengurusan situasi Covid-19 ditambahbaik dan penyumberan luar pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta bagi meringankan bebanan...
MAJLIS PEMBUKAAN PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DUN JOHOR YANG KE-14
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat hadir merasmikan Majlis Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor Yang Ke-14 di Dewan Persidangan Dewan Negeri Johor, Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada 12 Ogos 2021.
Allah Peliharakan Sultan.
HARI KEBANGSAAN SINGAPURA KE-56
Tahniah saya ucapkan kepada sahabat kami Singapura kerana menyambut Hari Kebangsaan ke-56. Saya sangat menghargai persahabatan Johor dengan Singapura dan berharap Singapura akan terus menikmati keamanan dan kesejahteraan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor