DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap H.E Mr. Roland Galharague, Duta Besar Perancis ke Malaysia di Istana Pasir Pelangi, Johor pada 31 Oktober 2021. Allah Peliharakan Sultan.
SALAM MAULIDUR RASUL
Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di mana jua anda berada. Semoga kita terus mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersama-samalah juga kita berdoa agar Johor sentiasa di bawah keberkatan Allah SWT.DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEPADA DYAM TUNKU ISKANDAR ABDUL JALIL ABU BAKAR IBRAHIM IBNI TUNKU ISMAIL, RAJA MUDA JOHOR
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor.DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
DYAM TMJ TERIMA JEMPUTAN UNTUK KOLABORASI JOHOR & JDT DENGAN PENGARANG DAN JURULATIH KORPORAT AMERIKA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menerima jemputan dari pengarang terkenal dan jurulatih korporat dari Amerika, Jack Canfield untuk mengkaji potensi bekerjasama bagi meningkatkan standard di negeri Johor dari segi pendidikan, kejayaan dan pemikiran positif bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (JCS).
Canfield adalah pengasas kepada syarikat penerbitan berbilion Dolar yang telah menjual lebih 500 juta naskhah buku mengenai kemuncak prestasi dan pembangunan kendiri. Beliau pernah tampil di...
TMIYC HUTAN BANDAR DIJADIKAN PUSAT OPERASI SPECIAL TASK FORCE COVID-19 JOHOR
Saya telah menitahkan agar Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Hutan Bandar, Johor Bahru dijadikan pusat operasi Special Task Force Covid-19 (STFC) Johor.
TMIYC Hutan Bandar akan menjadi pusat tumpuan bagi segala inisiatif STFC Johor sepanjang masa pandemik ini sehinggalah situasi di Johor kembali normal. Diharapkan ini dapat membantu usaha dan inisiatif STFC Johor dalam pengurusan wabak Covid-19.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor