Skip to main content

MENERIMA MENGHADAP DATO’ AZIZULHASNI AWANG

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek profesional dan pemenang pingat perak Olimpik pada hari ini, 7 September 2021 di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian beliau di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE BARU DI KLUANG DAN ISKANDAR PUTERI

Saya dengan sukacita ingin mengumumkan bahawa Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) yang seterusnya akan dibina di Kluang dan Iskandar Puteri. Cadangan untuk Gimnasium Rakyat juga telah diluluskan dan akan ditempatkan di TMIYC Iskandar Puteri. TMIYC Johor Bahru sudahpun dirasmikan pada Disember 2020 manakala majlis pecah tanah untuk kawasan TMIYC Muar sudah dilaksanakan. TMIYC di Mersing dan Pasir Gudang akan dibina seterusnya. Pembinaan TMIYC adalah idea dan visi saya untuk memperkasakan pembangunan golongan belia dengan pembinaan sebuah Youth Centre di setiap daerah di Johor....

Continue reading

BEKALAN VAKSIN COVID-19 JOHOR

Sukacita saya ingin maklumkan bahawa Johor akan menerima sebanyak 1.9 juta dos vaksin Covid-19 pada bulan September ini. Daripada jumlah dos vaksin ini, sebanyak 1.76 juta adalah vaksin Pfizer. Dengan jumlah dos ini saya yakin seluruh Bangsa Johor akan menerima vaksin tidak lama lagi. Bersama-sama kita doakan kejayaan program vaksinasi Covid-19. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

ALHAMDULILLAH, TETAPI KAMI HARUS BEKERJA LEBIH KERAS LAGI DEMI KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT TERJAMIN

Hasil mesyuarat pada hari ini : Saya telah berjumpa dengan YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Haji Mohd Noh Bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam Bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor pada hari ini untuk mendapat laporan terkini mengenai isu kekurangan vaksin di PPV Educity, pembatalan temu janji untuk...

Continue reading

MENGENAI BEKALAN VAKSIN DI JOHOR

Saya telah menitahkan YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor bagi mengadap esok. Saya juga akan berhubung dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan mengenai satu laporan yang saya terima mengenai kekurangan vaksin dan pembatalan temu janji untuk vaksinasi. Saya juga akan bangkitkan mengenai isu PPV Educity dan program vaksinasi untuk pekerja-pekerja kilang pada mesyuarat esok. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku...

Continue reading

PERJUMPAAN DENGAN GURU YANG MENOLAK VAKSIN COVID-19

Hari ini saya telah berjumpa para guru yang belum divaksinasi di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama dengan YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Johor (secara maya) dan Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor. Saya telah mendengar ulasan dari para guru mengenai isu-isu yang mereka hadapi. Daripada 779 orang guru yang...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.