Skip to main content

HARI KEBANGSAAN SINGAPURA KE-56

Tahniah saya ucapkan kepada sahabat kami Singapura kerana menyambut Hari Kebangsaan ke-56. Saya sangat menghargai persahabatan Johor dengan Singapura dan berharap Singapura akan terus menikmati keamanan dan kesejahteraan. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

KADAR VAKSINASI DAN BEKALAN VAKSIN DI JOHOR

Saya telah mengadakan perjumpaan dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini (8 Ogos 2021) di Royal Johor Polo Club mengenai kadar vaksinasi dan pembekalan vaksin di Johor. Hasil perbincangan ini, Johor akan menerima sebanyak 2 juta dos vaksin untuk bulan Ogos 2021. Dos vaksin ini akan tiba: Minggu 1...

Continue reading

KESIHATAN DAN KESELAMATAN RAKYAT MESTI SENTIASA DIUTAMAKAN

Kadar vaksinasi di Johor kini adalah sebanyak 50 ribu dos sehari. Walaubagaimanapun, kadar jangkitan Covid-19 di Johor kini berada di tahap yang amat membimbangkan. Memandangkan situasi ini, saya berpendapat bahawa kadar vaksinasi perlu dipertingkatkan lagi sehingga 70 ribu dos sehari secepat mungkin. Saya juga ingin mencadangkan supaya Operation Surge Capacity turut dilaksanakan di Johor. Saya menyeru kepada kerajaan untuk meningkatkan lagi bekalan vaksin kepada Johor supaya kadar vaksinasi dapat dipertingkatkan supaya imuniti kelompok boleh dicapai lebih awal. Dengan varian Delta yang...

Continue reading

KIT UJIAN KENDIRI ANTIGEN COVID-19

Hari ini saya telah menerima sebanyak 100,000 kit ujian kendiri antigen Covid-19. Kit ujian ini akan diagihkan ke seluruh Johor bagi meningkatkan kapasiti saringan supaya pengesanan jangkitan Covid-19 lebih efektif dapat dijalankan dan kes positif dapat dikesan. Kit ujian kendiri ini akan membantu dalam usaha mengawal penularan wabak Covid-19 dan mengenal pasti tempat-tempat hotspot. Kita perlu meningkatkan lagi ‘Test, Trace and Vaccinate’ jika imuniti kelompok ingin dicapai secepat mungkin. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

PERTINGKATKAN LAGI KADAR VAKSINASI DI JOHOR

Saya benar-benar memahami tentang rungutan rakyat Johor mengenai kadar vaksinasi di negeri ini yang perlahan. Ia perlu segera dipercepatkan untuk memastikan kita dapat mencapai imuniti kelompok dan membolehkan ekonomi Johor kembali pulih dengan cepat. Saya telah diberitahu oleh YB Khairy Jamaluddin dan pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bahawa Johor telah menerima 165,000 dos vaksin pada hari ini untuk menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 695,370 dos untuk bulan Julai. Johor sepatutnya menerima 1.293 juta dos untuk bulan Julai tetapi terdapat kelewatan dari Pfizer dan...

Continue reading

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna dan dirahmati, sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan. Saya doakan agar anda dan keluarga kekal selamat dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak kira di mana anda berada. Saya turut berdoa agar kehidupan kita kembali sediakala seperti dahulu secepat mungkin. Insya Allah. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.