Skip to main content

ISU GURU MENOLAK VAKSIN COVID-19

Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan para guru di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama-sama dengan Mufti Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor pada Jumaat ini. Demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Insya’Allah. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

KEADAAN PUSAT KUARANTIN DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

Saya telah mengadakan perjumpaan hari ini bersama YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah JKNJ, YBhg Dato’ Prof. Adeeba Kamarulzaman dan Dr. Dhesi Baha Raja susulan paparan media sosial viral mengenai keadaan pusat kuarantin pesakit Covid-19 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Hasil daripada perjumpaan ini, saya telah menitahkan agar pengurusan situasi Covid-19 ditambahbaik dan penyumberan luar pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta bagi meringankan bebanan...

Continue reading

MAJLIS PEMBUKAAN PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DUN JOHOR YANG KE-14

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat hadir merasmikan Majlis Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor Yang Ke-14 di Dewan Persidangan Dewan Negeri Johor, Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada 12 Ogos 2021. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

HARI KEBANGSAAN SINGAPURA KE-56

Tahniah saya ucapkan kepada sahabat kami Singapura kerana menyambut Hari Kebangsaan ke-56. Saya sangat menghargai persahabatan Johor dengan Singapura dan berharap Singapura akan terus menikmati keamanan dan kesejahteraan. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

KADAR VAKSINASI DAN BEKALAN VAKSIN DI JOHOR

Saya telah mengadakan perjumpaan dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini (8 Ogos 2021) di Royal Johor Polo Club mengenai kadar vaksinasi dan pembekalan vaksin di Johor. Hasil perbincangan ini, Johor akan menerima sebanyak 2 juta dos vaksin untuk bulan Ogos 2021. Dos vaksin ini akan tiba: Minggu 1...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.