Skip to main content

JOHOR AKAN BERALIH KE FASA 2 PELAN PEMULIHAN NEGARA TIDAK LAMA LAGI

Johor akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi. Selepas perbincangan saya dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Special Task Force Covid-19 Johor dan juga Menteri Kesihatan, saya yakin perkara ini akan diumumkan tidak lama lagi. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

PERJUMPAAN PERTAMA SPECIAL TASK FORCE COVID-19

Perjumpaan pertama telah diadakan hari ini untuk Special Task Force Covid-19 di peringkat negeri Johor. Turut hadir bersama YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Haji Mohd Noh Bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan pakar-pakar kesihatan dan pengurusan pandemik. Special Task Force Covid-19 berperanan untuk memantau dan memperbaiki proses yang...

Continue reading

HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Istiadat Ziarah Makam Diraja Johor sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar pada 13 September 2021. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SPECIAL TASK FORCE COVID-19

Saya telah mengadakan perjumpaan hari ini bersama YBhg Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Dr. Dhesi Baha Raja. Hasil daripada perjumpaan ini, saya telah menitahkan agar ditubuhkan ‘Special Task Force Covid-19’ di peringkat negeri Johor. Jawatankuasa khas ini akan terdiri daripada beberapa agensi termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), kerajaan negeri, pakar-pakar profesional dan akan diketuai sendiri oleh saya bagi memantau dan menambah baik pengurusan pandemik...

Continue reading

MENERIMA MENGHADAP DATO’ AZIZULHASNI AWANG

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek profesional dan pemenang pingat perak Olimpik pada hari ini, 7 September 2021 di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian beliau di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.