Saya ambil maklum mengenai keresahan rakyat Johor berkaitan program vaksinasi Covid-19, lebih-lebih lagi dengan peningkatan mendadak jumlah kes positif harian serta kematian sejak akhir-akhir ini.
Memandangkan situasi wabak Covid-19 yang sangat serius di negeri Johor, Tuanku Sultan Johor pada 20 Mei 2021, telah menitahkan supaya semua Ahli Parlimen dan ADUN di negeri Johor bermesyuarat dan bekerjasama untuk menolong rakyat Johor memerangi wabak Covid-19.
Golongan belia juga harus memainkan peranan mereka untuk membendung penularan wabak Covid-19 ini. Salah satu cara adalah untuk...
SELAMAT HARI GURU
Sekalung penghargaan buat guru-guru yang tidak pernah kenal erti penat dalam mendidik pelajar-pelajar. Sesungguhnya pengorbanan dan kesabaran anda semua mengangkat martabat anak bangsa.
Terima kasih dan Selamat Hari Guru!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saya dan keluarga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada.
Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TERIMA MENGADAP DELEGASI KONSULAT JENERAL REPUBLIK INDONESIA (KJRI) JOHOR BAHRU
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap delegasi Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru, yang diketuai oleh HE Sunarko, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kelab Polo, Istana Pasir Pelangi pada 12 Mei 2021. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI IBU
Terima kasih dan Selamat Hari Ibu kepada Mama, isteri saya dan ibu-ibu di luar sana!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MAJLIS IFTAR BERSAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor berangkat ke Majlis Iftar bersama Pegawai dan Anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Surau Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada 6 Mei 2021. Baginda turut menunaikan solat Maghrib dan solat hajat berjemaah di surau tersebut. Allah Peliharakan Sultan.