“Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan. Fokus utama saya adalah untuk memastikan kemudahan penjagaan kesihatan Johor dan pembangunan infrastruktur dijalankan serta menyelesaikan keperluan rakyat.”
“Saya sudah bersuara mengenai situasi hospital di Johor sejak 2018. Semasa kerajaan tidak memberi dana untuk membaiki kerosakan hospital di Johor, KDYMM Tuanku telah memberi sumbangan peribadi Baginda untuk membaiki fasiliti yang terbakar dan rosak.”
“Saya ingin melihat...
SELAMAT HARI POLIS KE-217
Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga PDRM dalam memastikan keselamatan serta keamanan Johor terus terjamin.
Selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM!
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TERIMA MENGADAP MENTERI PERTAHANAN
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan pada hari ini, 24 Mac 2024.
Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Amir Bin Nasruddin, Penasihat Undang-undang Negeri Johor dan YB Brigadier Jeneral Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima Briged Ke-7 Infantri Malaysia (7 Briged).
Dalam pertemuan tersebut, perbincangan tertumpu kepada isu-isu terkini berkaitan keselamatan dan ketenteraan khususnya di negeri Johor. Allah...
MAJLIS DOA KESYUKURAN DAN MAJLIS KURNIAAN DARJAH SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI SULTAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini, 23 Mac 2024.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.