Skip to main content

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MANGSA BANJIR DI BATU PAHAT

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menyampaikan sumbangan kurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat penempatan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading, Batu Pahat. Penyampaian kurniaan sebanyak 60 kotak tersebut telah disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) serta para sukarelawan Southern Volunteers. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Encik Azmi Bin Ahmad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Kulai, Penghulu Mukim Senai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang,Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah berkesempatan menyampaikan sumbangan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 5 buah keluarga bagi yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian khususnya di Mukim Jeram Batu dan Pengkalan Raja. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Pada hari ini, Yang Berbahagia Pegawai Daerah Batu Tuan Haji Nasri Bin Md Ali. telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Peserai Daerah Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Ulu Benut dan Renggam, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah, semua Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan ketua kampung. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) bagi Bulan September 2022 kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak, hari ini. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Sedenak dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.