Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Kundang yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.
Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, OKU (mental) serta pesakit yang memerlukan rawatan berkala.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Yang Berbahagia Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Batu Pahat.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim 7 Tanjung Sembrong dan Mukim 8 Ayer Hitam, daerah Batu Pahat.
Program lawatan seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Bukit Serampang yang telah disempurnakan oleh wakil rasmi Pegawai Daerah Tangkak, Encik Mohd Najib Bin Don @ Abdul selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.
Penerima adalah daripada golongan warga emas, OKU (fizikal) serta pesakit – pesakit kronik yang memerlukan rawatan...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Tiga Bulan Oktober 2022 kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Sedenak, Penghulu Mukim Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai dan Ketua Kampung Felda Bukit Permai.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang,Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Sungai Karang dan di Mukim Ayer Masin.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran...