Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Machap, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah, semua Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup...
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berusaha Encik Mohd Fairul Bin Surian, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muar selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima yang kurang berkemampuan yang tinggal di Mukim Ayer Hitam, penerima yang mengalami kebakaran rumah di Mukim Sri Menanti dan yang menghidapi penyakit kanser di Mukim Bandar.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan asnaf terutama mereka yang terjejas akibat terlantar sakit di rumah, golongan yg dilanda musibah kebakaran rumah serta juga mereka yang di uji dengan penyakit...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan tersebut ialah wakil Kadi Daerah Kulai; Penolong Pegawai Daerah Kulai, wakil Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim Yayasan Sejahtera Kulai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Selain itu, sebuah masjid dan dua buah surau di Mukim Senai turut menerima kurniaan DYAM TMJ. Masjid dan surau tersebut ialah :
Masjid...
ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI MUKIM BANDAR, TEBRAU DAN PLENTONG DAERAH JOHOR BAHRU
Pejabat Daerah Johor Bahru bersama-sama Pegawai Yayasan MBJB, MBPG, Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di sekitar kawasan PBT MBJB, MBPG dan mukim-mukim di daerah Johor Bahru.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan, pesakit...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Yang Berbahagia Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Haji Nasri Bin Md Ali telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Batu Pahat.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Sri Medan dan Mukim Sri medan Parit Sulung, Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KOTA TINGGI
Encik Mohd Farhan bin Kasmunee, Ketua Penolong Pegawai Daerah wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Kampung Sg Sembilang, Kampung Panchur, Kampung Johor Lama dan Kampung Teluk Sengat, mukim Johor Lama Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan...