Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga di Mukim-Mukim sekitar Daerah Segamat.
Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor khasnya penduduk di Daerah Segamat.
Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penghulu-Penghulu Mukim dan...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Renggam dan Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Serom telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.
Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas yang telah uzur, ahli isi rumah OKU serta penghidap masalah jantung yang memerlukan rawatan berkala.
Turut serta dalam...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Bukit Batu.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Bukit Batu, Penghulu Mukim Kulai, wakil Pengurus Yayasan Sejahtera Kulai dan Ketua Kampung Melayu Bukit Batu.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Yang Berbahagia Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Oktober fasa 1 dan Oktober fasa 2 Tahun 2022 .
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim 1 Lubok dan Mukim 2 Bagan Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berhormat Dato’ Mustaffa Kamal Bin Dato’ Hj Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima kurang berkemampuan dari Mukim Bakri. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.
Selain itu juga telah disampaikan kurniaan berbentuk wang tunai kepada Pengerusi Surau dan Masjid di Mukim Bakri dan Bandar.Kurniaan ini adalah untuk membantu pihak pengurusan masjid dan surau untuk menambahbaik infrastruktur masjid serta dapat digunakan bagi mengimarahkan...