Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Kluang kepada Mangsa Banjir di PPS SMK Kahang, Kluang
Turut hadir :
Encik Herman bin Raban, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kluang
Encik Rosman bin Supaat, Penghulu Mukim Kahang
Encik Abdul Raub bin Abdul Wahab, Ketua Kg Contoh, Kahang
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana banjir.
PENYAMPAIAN BANTUAN MANGSA BANJIR KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MANGSA BANJIR DI PPS SK KAHANG, KLUANG
Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor yang disampaikan oleh Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah Kluang (Pembangunan Masyarakat) mewakili Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Kluang kepada Mangsa Banjir di PPS SK Kahang, Kluang
Turut hadir :
Encik Abd Razak bin A Hamid, Ketua Kg Sri Lukut, Kahang
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana banjir.
PENERIMAAN KURNIAAN BARANGAN BANTUAN MANGSA BANJIR DARI DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Penerimaan Kurniaan Barangan Bantuan Mangsa Banjir dari DYAM Tunku Mahkota Johor.
Semoga dengan kurniaan ini akan meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana banjir.
Menjunjung Kasih Tunku.
KURNIAAN KOMPUTER RIBA OLEH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA ANAK-ANAK MUAR
Pada 29 Disember 2020, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM300,000 untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar miskin di sekitar daerah Muar.
Susulan sumbangan DYAM Tunku Mahkota Johor, Pejabat Daerah Muar telah mengenal pasti pelajar-pelajar dari keluarga e-kasih dan asnaf dari setiap mukim di daerah Muar yang amat memerlukan komputer riba.
Program sumbangan komputer riba ini akan bermula dari hari Jumaat, 15 Januari 2021 dan komputer riba yang disumbangkan adalah berspesifikasi tinggi bagi manfaat...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Yang Berbahagia Tuan Haji Zulkifly Bin Haji Mohd Tahir , Pegawai Daerah Pontian mengadakan lawatan ziarah kasih kepada 6 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian.
Sumbangan Kepada 6 Keluarga Yang Terlibat :-
1) Encik Harlee Bin Yatim (Mukim Ayer Baloi)
2) Encik Jamal Bin Baruji (Mukim Api-Api)
3) En Misron Bin Salman (Mukim Api-Api)
4) Puan Rosminati Binti Teriman (Mukim Ayer Baloi)
5) Puan Paniam Binti Rosdi (Mukim Ayer Baloi)
6) Encik Jamal Bin Sumari (Mukim Ayer Baloi)
Turut hadir : Barisan Pegawai Pejabat Daerah Pontian, Penolong Pegawai...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) PADA 01.12.2020 (SELASA) DI SEKITAR DAERAH TANGKAK
Pegawai Daerah Tangkak, Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad telah menyerahkan penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada tiga penerima dari Mukim Serom, Tangkak.
Penerima pertama ialah Puan Rashidah Binti Zakaria, berumur 45 tahun. Beliau merupakan pesakit kencing manis & telah membuat pembedahan memotong kaki kirinya.
Penerima kedua pula ialah Puan Noriyah Binti Abd Aziz, berumur 71 tahun yang tinggal bersama anak serta cucunya. Beliau menghidap kanser payudara, masalah jantung serta masalah buah pinggang.
Penerima ketiga pula merupakan seorang OKU...