Skip to main content

SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN FEBRUARI FASA 1, DI MUKIM GEMAS, DAERAH SEGAMAT

AHAD | 21 FEBRUARI 2021 | MUKIM GEMAS Sekitar Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga buah keluarga yang kurang berkemampuan dan bernasib baik bagi Bulan Februari Fasa 1 di Kampung Lubuk Lanjut, Kampung Pudu, dan Gemas Baharu. Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Daerah Segamat. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga penerima. Menjunjung Kasih Tunku.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI MUKIM KUNDANG DAN MUKIM KESANG, DAERAH TANGKAK UNTUK BULAN FEBRUARI

Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad selaku Pegawai Daerah Tangkak bersama Penolong Pegawai Daerah Tangkak serta Penghulu- Penghulu mukim telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada 6 keluarga yang terpilih di Mukim Kundang & Mukim Kesang. Setiap keluarga menerima tunai sebanyak RM 1,000.00 daripada DYAM TMJ serta bakul makanan gobok rezeki Pejabat Daerah Tangkak. Semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.

Continue reading

KUNJUNG HORMAT PEGAWAI DAERAH KE MASJID NUR IMAN PARIT BUGIS DAN ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Kunjung hormat YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Masjid Nur Iman Parit Bugis, Mukim Sungai Balang. Turut hadir Assheikh Tuan Haji Mohamad Khalil bin Md Nor, Kadi Daerah Muar dan Penghulu Mukim. Pegawai Daerah menggesa agar Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid perlu memainkan peranan dalam memperkasa permuafakatan komuniti dengan pendekatan dakwah Bil Hal dan ambil peduli rakyat melalui program ziarah rumah ke rumah. Sesuai dengan kapasiti institusi masjid untuk memperkukuhkan amalan agama sebagai benteng terhadap fahaman yang terpesong dan tidak...

Continue reading

PENYERAHAN BANTUAN BARANGAN MANGSA BANJIR KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KAMPUNG PUCUR, KAHANG

Penyerahan Bantuan Barangan Mangsa Banjir Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Kluang kepada Masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Kampung Pucur, Kahang Turut hadir : Encik Mohd Hisam bin Said, Pentadbir Tanah Kluang As-Sheikh Tuan Haji Sabaruddin bin Isnin, Kadi Daerah Kluang Encik Herman bin Raban, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kluang Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana banjir ini.

Continue reading

PENYAMPAIAN KOMPUTER RIBA KEPADA ANAK-ANAK MUAR KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Pegawai Daerah Muar menyampaikan sumbangan kurniaan komputer riba kepada pelajar-pelajar miskin dari keluarga e-kasih di Mukim Bandar Daerah Muar. Komputer riba ini telah dikurniakan oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang prihatin kepada anak-anak Muar dari keluarga e-kasih yang amat memerlukan komputer untuk pembelajaran mengikut norma baharu. Komputer riba ini dapat membantu pelajar-pelajar ini untuk meneruskan pembelajaran secara maya mengikut keperluan semasa dan memastikan pendidikan mereka tidak terjejas. Kami menjunjung setinggi-tinggi kasih...

Continue reading

PENYAMPAIAN BANTUAN MANGSA BANJIR KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MANGSA BANJIR DI BALAIRAYA KG PAYA PALEMBANG, MUKIM ULU BENUT

Penyampaian bantuan mangsa banjir Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada mangsa banjir di Balairaya Kg Paya Palembang, Mukim Ulu Benut yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Kluang. Turut hadir : Encik Herman bin Raban, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kluang Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Semoga bantuan ini dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana banjir ini.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.